Bahagian ini memaparkan soalan-soalan lazim berkaitan Latihan Peralihan sebelum, semasa dan selepas menjalani latihan.
Taip kata kunci seperti “latihan”, “dokumen”, “surat kuasa”, “PERHEBAT” atau “cuti”.
Rujuk PMAT Bil 5 Tahun 2005, Latihan Peralihan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan satu program khas yang disediakan oleh kerajaan kepada anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan agar mereka memperoleh sesuatu kemahiran dan pengalaman supaya dapat menyesuaikan diri dengan corak penghidupan baru selepas tamat perkhidmatan. Kerajaan mewajibkan semua anggota yang memenuhi syarat kelayakan menghadiri Latihan Peralihan yang ditetapkan.
Kembaran A kepada PMAT Bil 5 Tahun 2005 (Permohonan menjalani Latihan Peralihan) boleh dimajukan seawal 24 bulan sebelum TTP dan selewat-lewatnya 9 bulan sebelum menjalani Latihan Peralihan.
Tempoh bagi seseorang anggota untuk menghadiri Kursus Pra Motivasi dan Kursus Sampingan adalah 24 bulan sebelum TTP mengikut pengarahan ulangan Latihan Peralihan yang telah dikeluarkan. Anggota perlu mengisi boring PERHEBAT 11 (Pind 2018) serta mendapatkan kelulusan Peg Mem/Pem pasukan seterusnya memajukan permohonan ke PERHEBAT.
Sebanyak 2 salinan permohonan perlu dimajukan ke MK Perkhidmatan masing-masing.
Keperluan dokumentasi adalah seperti berikut:
Keperluan dokumentasi adalah seperti berikut:
Bidang-bidang kursus yang ditawarkan Adalah seperti berikut:
Keperluan dokumentasi adalah seperti berikut;
Tempoh masa yang wajar bagi seseorang anggota untuk dipanggil bagi sesi temuduga Adalah 5 bulan sebelum Latihan Peralihan bermula.
Tempoh kelayakan berkursus bagi seseorang Peg dan anggota LLP berdasarkan PMAT Bil 5 Tahun 2005 adalah seperti berikut:
Pegawai
Anggota Lain-Lain Pangkat
Tempoh perkhidmatan yang melayakkan seseorang anggota memajukan permohonan bagi mengikuti Latihan peralihan adalah 9 tahun perkhidmatan yang diakui.
Golongan yang tidak layak menjalani Latihan Peralihan adalahseperti berikut:
Keperluan dokumentasi adalah seperti berikut:
Tempoh masa menerima Surat Kuasa Latihan Peralihan adalah seawal 3 bulan dan selewat-lewatnya 1 bulan sebelum menjalani Latihan Peralihan tertakluk kepada penerimaan surat tawaran kursus dari pihak PERHEBAT.
Anggota perlu hadir ke MK TD-CSM (Sel Peralihan) bagi mendapatkan Salinan Kuasa Latihan Peralihan dengan membawa keperluan berikut:
Dokumen yang diperlukan bagi membuat pindaan terhadap surat kuasa adalah seperti berikut:
Pasukan dikehendaki memajukan surat penarikan semula permohonan menjalani Latihan Peralihan berserta justifikasi. Jika Surat Kuasa Latihan Peralihan telah dikeluarkan, pasukan dikehendaki memajukan permohonan pembatalan beserta salinan Surat Kuasa Latihan Peralihan tersebut.
Anggota adalah dibenarkan untuk menghabiskan baki Cuti Tahun yang terkumpul untuk dihabiskan sebelum anggota menjalani Latihan Peralihan berdasarkan (PMAT Bil 4 Tahun 2022) namun tertakluk kepada kelulusan Peg Mem/Pem di pasukan.
Dokumentasi yang diperlukan untuk permohonan menyambung perkhidmatan untuk tujuan Latihan Peralihan adalah seperti berikut:
Seseorang bakal pesara boleh memajukan permohonan bertulis kepada pihak pengurusan PERHEBAT bagi tujuan ulangan Latihan Peralihan dan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya tertakluk kepada kekosongan pelatih.
PERHEBAT akan menjalankan pemantauan untuk tempoh satu (1) tahun selepas TTP anggota, manakala JHEV ATM akan meneruskan pemantauan berkaitan kerjaya kedua pesara untuk tempoh selama lima (5) tahun.